Penduduk Al-Quds Dipaksa Roboh Rumah Sendiri

AL-QUDS, 30 Mac 2015 (MEMO) — Rejim Zionis mendesak seorang penduduk Palestin di Al-Quds supaya merobohkan rumahnya sendiri atas alasan rumah tersebut dibina tanpa kebenaran.

Dalam kenyataan beliau kepada Quds Press, Nidal Da’na menyebut pihak berkuasa rejim Zionis telah menyerahkan arahan supaya beliau merobohkan rumah tersebut yang terletak bedekatan Pintu Al-Silsilah. Menurut Nidal lagi, rumah yang didakwa dibina tanpa kebenaran itu telah wujud sejak lebih 1,500 tahun.

Sekiranya beliau tidak merobohkan sendiri rumahnya, Nidal akan terpaksa membayar denda sehingga 40,000 Shekels (USD10,000) bagi pihak rejim merobohkannya. Ramai penduduk Palestin di Al-Quds terpaksa merobohkan sendiri rumah mereka kerana tidak mampu membayar denda yang dikenakan.

Nidal juga turut mendakwa sebahagian daripada lantai rumahnya telah roboh baru-baru ini akibat kerja-kerja penggalian bawah tanah di kawasan Masjid Al-Aqsa. Jiran-jiran beliau turut mengalami masalah berikutan kerja-kerja penggalian tersebut.

Keluarga Nidal dan saudara-saudaranya tidak ada lagi tempat berteduh selepas rumah mereka dirobohkan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts