TEL AVIV, 29 Nov 2017 — Rejim penjajah Zionis menghalang penduduk berbangsa Arab tinggal dalam lebih 1,000 kawasan kejiranan dan perkampungan, atas alasan kawasan tersebut dibina khusus untuk kaum Yahudi.

Sungguhpun amalan tersebut dibuat sejak sekian lama, ia masih tidak termaktub dalam undang-undang negara Zionis.

Parlimen Zionis akan membahas satu undang-undang bagi membenarkan pembinaan kawasan khusus untuk Yahudi bagi menghalang penduduk Arab, iaitu penduduk Palestin yang selamat dari pembunuhan beramai-ramai 1948 tetap tinggal di rumah asal mereka, tinggal di kawasan kejiranan baharu.

Bangsa Arab membentuk 20% daripada keseluruhan penduduk negara haram Zionis. Namun pihak rejim tidak pernah membina sebarang kawasan kejiranan baharu bangsa Arab sejak tahun 1948. Mereka juga tidak pernah meluaskan kawasan kejiranan terbabit sehingga menimbulkan krisis perumahan di kalangan bangsa Arab dan memaksa mereka tinggal dalam kawasan Yahudi.

(Sumber: Quds Press)

SHARE