Penduduk Baitulmaqdis dipaksa musnahkan rumah sendiri

BAITULMAQDIS, 11 Sep 2018 — Pihak berkuasa Zionis semalam memaksa penduduk Palestin, Ahmad Abu Tin, memusnahkan rumahnya sendiri di perkampungan Wuljah di kota Baitulmaqdis.

Rejim Zionis menuduh rumah tersebut dibina tanpa kebenaran, iaitu alasan yang lazim digunakan untuk mengusir penduduk Palestin keluar dari kawasan kota suci.

Minggu lalu, kenderaan berat pihak berkuasa Zionis telah meroboh sebahagian daripada bangunan rumah tersebut. Ahmad dipaksa memusnahkan baki bangunan yang ada dengan ancaman denda dan kos kerja perobohan yang sangat tinggi.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts