BAITULMAQDIS, 16 Apr 2019 — Pihak perbandaran Zionis di kota Baitulmaqdis memaksa seorang penduduk Palestin meroboh rumahnya sendiri di bandar Silwan, petang semalam.

Awad al-Abasi menerima notis dari pihak perbandaran yang memaksa beliau meroboh rumahnya yang masih dalam pembinaan di kejiranan Sweih itu, atas alasan tidak mempunyai permit pembinaan.

Rejim Zionis lazimnya tidak mengeluarkan permit pembinaan untuk penduduk Palestin di Baitulmaqdis Timur.

(Maan, PIC)

SHARE