Penduduk Gaza akan bersolat terawih di kawasan sempadan

GAZA, 17 Mei 2018 — Suruhanjaya Tinggi Kebangsaan bagi Great March of Return dan Breaking the Siege menyeru penduduk Gaza supaya mendirikan solah terawih di kem-kem perhimpunan di sepanjang sempadan timur wilayah terkepung itu.

Kenyataan media suruhanjaya menyebut bahawa program-program khas akan diadakan di kem-kem tersebut sepanjang bulan Ramadan.

Mereka turut mengesahkan perhimpuan Great March of Return akan diteruskan. Perhimpunan mega solidariti Baitulmaqdis akan diadakan pada 5hb Jun, bagi memperingati ulang tahun ke-51 pendudukan Zionis ke atas kota suci umat Islam itu.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts