Penduduk Khan al-Ahmar diarah roboh rumah sendiri

BAITULMAQDIS, 23 Sep 2018 — Pihak pentadbiran awam tentera Zionis hari ini mengarahkan masyarakat Badwi di perkampungan Khan al-Ahmar di timur Baitulmaqdis supaya meroboh rumah mereka sendiri dan meninggalkan kawasan tersebut sebelum 1hb Oktober.

Amaran tersebut dibuat hanya beberapa minggu selepas Mahkamah Tinggi Zionis menolak rayuan ke atas keputusan meroboh perkampungan itu. “Sekiranya anda menolak, pihak berkuasa akan melaksanakan arahan meroboh sepertimana keputusan mahkamah dan udang-undang,” sebut kenyataan pihak tentera.

Seramai 180 orang Badwi tinggal di Khan al-Ahmar, di mana 53% daripadanya adalah kanak-kanak dan 95% adalah pelarian yang berdaftar dengan UNRWA. Mereka tinggal dalam rumah-rumah dan khemah yang dibina menggunakan zing dan kayu, di kawasan gurun bersebelahan sebuah lebuhraya yang menghubungkan Baitulmaqdis dan Laut Mati.

Rejim Zionis merancang untuk meroboh perkampungan tersebut dan memindahkan mereka ke lokasi lain berdekatan perkampungan Abu Dis dan bersebelahan tapak pelupusan sampah, bagi memberi laluan kepada projek perluasan kawasan penempatan haram Yahudi.

(PIC, Maan, IMEMC, Alray, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts