Penduduk Khan al-Ahmar enggan kosongkan kampung mereka

BAITULMAQDIS, 8 Ogos 2018 — Penduduk perkampungan Badwi di Khan al-Ahmar di timut Baitulmaqdis enggan meninggalkan rumah-rumah mereka untuk dipindahkan ke lokasi lain.

Peguam-peguam yang mewakili semua 35 keluarga Badwi akan membawa keputusan tersebut ke Mahkamah Tinggi Zionis, sebagai respon kepada cadangan rejim Zionis yang diajukan ke mahkamah tersebut semalam, yang menyatakan pihak rejim bersedia untuk memindahkan penduduk ke lokasi lain di Lembah Jordan.

Rejim Zionis ingin meroboh perkampungan Khan al-Ahmar bagi meluaskan penempatan haram Kfar Adummim.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts