BAITULMAQDIS, 12 Mac 2019 — Ratusan penduduk Palestin berhimpun di Pintu al-Asbat di Masjid al-Aqsa tengahari tadi, untuk mendirikan solat Zuhur dan membantah tindakan polis Zionis menutup pintu-pintu masjid dan menghalau para jemaah serta pekerja keluar.

Tokoh-tokoh agama dan kebangsaan Palestin turut menyeru penduduk Palestin dari Tebing Barat supaya membanjiri kota Baitulmaqdis bagi menyertai bantahan di luar Masjid al-Aqsa.

Terdahulu, berlaku satu kebakaran kecil di stesen polis Zionis di perkarangan Masjid al-Aqsa. Polis bertindak menutup pintu-pintu masjid dan menghalau semua jemaah keluar dari perkarangan tapak suci itu. Mereka turut menutup Pintu Damaskus bagi menghalang penduduk Palestin memasuki Kota Lama Baitulamqdis.

Dalam kejadian berkaitan, polis Zionis menghalang jenazah dibawa masuk melalui Pintu al-Asbat untuk disolatkan di Masjid al-Aqsa.

(PIC)

SHARE