RAMALLAH, 28 Ogos 2018 — Tentera penjajah Zionis mencederakan lima penduduk Palestin dan menangkap tiga yang lain, termasuk ketua majlis penduduk dan juga seorang jurnalis, ketika mereka cuba menghalang tindakan pendatang Yahudi merampas serta meratakan tanah di perkampungan Ras Karkar di barat Ramallah.

Pertempuran tercetus ketika penduduk Palestin cuba menghalang pendatang Yahudi meratakan tanah, dan tentera yang melindungi pendatang Yahudi melepaskan tembakan gas pemedih mata.

Dalam insiden tersebut, tentera Zionis menangkap jurnalis, Baha Nasr, dan ketua majlis penduduk, Khaldoun al-Deek, di kawasan perkampungan Kafr Nimeh yang berdekatan.

Pendatang Yahudi cuba merampas tanah untuk membina sebatang jalan menuju ke pos-pos penempatan haram yang berdekatan.

(PIC, Maan, IMEMC)

SHARE