GAZA, 7 Mei 2019 — Seorang tercedera apabila tentera penjajah Zionis menembak sekumpulan pekerja Palestin di kawasan pungutan sampah berdekatan sempadan timur bandar Beit Hanoun, utara Gaza, petang tadi.

Mangsa tercedera di bahagian kaki dan dikejarkan ke Hospital Indonesia di bandar Beit Lahiya.

Identiti mangsa masih tidak diketahui.

(Maan, PIC, IMEMC, WAFA)

SHARE