AL-QUDS, 8 Ogos 2017 — Polis Zionis hari ini menutup beberapa pintu masuk ke Kota Lama al-Quds dan menghalang empat buah bas yang membawa penduduk Palestin dari Wilayah Jajahan 1948 daripada memasuki kota suci itu melalui Pintu al-Amoud.
Langkah tersebut bertujuan untuk mengurangkan kehadiran penduduk Palestin di Masjid al-Aqsa serta menggalakkan pencerobohan masuk oleh kumpulan pendatang Yahudi.
(PIC)