Penduduk Palestin dihalang memasuki Masjid Ibrahimi

AL-KHALIL, 12 Okt 2016 (Maan) — Rejim Zionis hari ini menghalang para jemaah dan juga pengunjung bukan-Yahudi memasuki Masjid Ibrahimi di kota al-Khalil.

Semua laluan menghala ke masjid ditutup dan pasukan tentera Zionis dikerah ke sekitar kawasan penempatan haram Yahudi sehingga ke luar kota al-Khalil, sebagai persediaan membenarkan kaum Yahudi masuk merayakan Yom Kippur di dalam Masjid Ibrahimi.

Masjid Ibrahimi dibahagi menjadi dua kawasan sejak peristiwa pembunuhan jemaah solat Subuh pada tahun 1994; sebahagiannya kekal menjadi ruangan masjid manakala sebahagian besar lagi ditukar menjadi sebuah sinagog Yahudi. Bagaimanapun tentera Zionis mengawal sepenuhnya semua laluan masuk ke dalam masjid bersejarah itu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts