Penduduk Palestin dikejarkan ke hospital selepas dipukul tentera Zionis

RAMALLAH, 10 Jan 2018 — Tentera Zionis mengejarkan seorang penduduk Palestin ke Pusat Rawatan Shaare Zedek selepas dipukul hingga cedera parah ketika menangkap beliau di dalam rumahnya di perkampungan Abu Shkheidim, barat laut Ramallah.

Ziyad Mohammad Shalalda, 45, kini ditahan dalam hospital tersebut dan tidak dibenarkan berjumpa peguam.

Ziyad ditahan bersama anaknya Mahmoud, 21, dalam operasi tentera Zionis memburu Assem Barghouthi yang menjadi suspek pembunuh dua askar Zionis pada 13 Disember lalu.

(WAFA, PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts