Penduduk Palestin dipenjara 2 tahun atas tuduhan membantu remaja menyerang polis Zionis

AL-QUDS, 10 Okt 2016 (MEMO) — Sebuah mahkamah majistret Zionis hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun ke atas Khamis Tamim Al-Salaymeh, 57, atas tuduhan memandu dan membawa tiga remaja Palestin memasuki kota al-Quds sebelum mereka menikam dan menembak mati seorang polis Zionis pada bulan Februari lalu.

Ketiga-tiga remaja ditembak mati dalan kejadian tersebut.

Khamus Tamim dituduh menyebabkan kematian dalam keadaan cuai, di mana beliau telah membawa tiga remaja tersebut dari kawasan utara al-Quds menuju ke al-Quds Timur. Beliau menafikan sebarang pengetahuan tentang rancangan remaja terbabit untuk membuat serangan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts