Penduduk Palestin mendapat bekalan air hanya dua jam seminggu

RAMALLAH, 24 Okt 2016 (AlJazeera) — Penduduk Palestin di perkampungan Kafr al-Deek berada dalam keadaan semakin tertekan kerana dibekalkan dengan saliran air hanya satu jam sebanyak dua kali seminggu sejak bulan Jun lalu.

Penduduk beberapa wilayah lain di Tebing Barat, termasuk Salfit, Jenin dan al-Khalil, tidak mendapat bekalan air selama 40 hari berturut-turut.

Dalam kesengsaraan mereka hidup tanpa bekalan air yang cukup, harga air minum terus melonjak naik di mana sebahagian keluarga terpaksa berbelanja sehingga 30% daripada pendatapan mereka yang tidak seberapa untuk membeli air.

Bekalan air untuk penduduk Palestin dikawal oleh syarikat Zionis, Mekorot. Pada musim panas kali ini, Mekorot memotong bekalan air sebanyak lebih 50%. Pemotongan tersebut masih berterusan hingga ke hari ini, iaitu lebih sebulan selepas berakhirnya musim panas.

Penduduk Palestin yang tinggal di pendalaman berhadapan dengan cabaran yang lebih berat, di mana laluan yang sukar dan kos tambahan membawa masuk air menyebabkan harganya menjadi jauh lebih tinggi.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts