Penduduk Ramallah cedera diserang, kebun terbakar

RAMALLAH, 2 Julai 2017 (PIC) — Seorang penduduk Palestin cedera dan beberapa yang lain mengalami sesak nafas dalam satu serbuan tentera Zionis ke perkampungan al-Mugheir di timur laut Ramallah.

Serangan tentera yang melepaskan tembakan peluru dan grenad gas pemedih mata itu juga menyebabkan tanaman seluas 0.3 hektar dan sebuah kenderaan milik petani Osama Abu Alya hangus terbakar.

Tentera Zionis menutup laluan masuk uatama ke perkampungan al-Mugheir, atas alasan kononnya sebuah kereta pendatang Yahudi telah dibaling batu. Semua kenderaan dan penduduk yang melalui kawasan tersebut diperiksa dengan ketat.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts