Penduduk Tulkarem dikurung 3 hari berturut-turut

TULKAREM, 12 Dis 2015 (Maan) — Tentera Zionis hari ini terus menutup sepenuhnya semua jalan keluar-masuk di kota Tulkarem, sekaligus menyekat semua pergerakan penduduk “kecuali untuk kes kemanusiaan.”

Kawasan Tulkarem pada mulanya diceroboh masuk pada hari Rabu untuk menjejak penembak seorang pengganas Yahudi dan isterinya. Seawal pagi Khamis, jalan masuk dan keluar Tulkarem disekat dengan blok simen dan timbunan tanah. Kawasan sekitar Tulkarem turut ditutup, termasuk jalan masuk ke kem pelarian Noor Shams, perkampungan Kafa dan Dhinnaba dan juga jalan utama di antara perkampungan Shufa dan Ezbet Shufa.

Kabinet Zionis minggu lalu memberi kebenaran kepada tentera untuk mengepung perkampugan Palestin di Tebing Barat bagi tujuan mencari “suspek pengganas” tanpa memerlukan kelulusan daripada pemerintah. Tindakan tersebut bagaimanapun telah lama diamalkan oleh tentera, sebelum mendapat kebenaran pihak kabinet.

Lebih 200,000 penduduk Palestin tinggal di dalam wilayah Tulkarem.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts