Penduduk Yahudi catat migrasi negatif buat pertama kali

NAZARET, 14 Ogos 2017 — Rejim Zionis menerbitkan data rasmi yang menunjukkan kadar perpindahan keluar kaum Yahudi tertinggi buat pertama kali sejak tahun 2009.

Pada tahun 2015, jumlah Yahudi yang berpindah keluar meninggalkan wilayah Palestin terjajah itu adalah sekitar 16,700 orang. Manakala bilangan Yahudi yang kembali hanyalah seramai 8,500 orang.

Kajian menunjukkan penurunan tersebut berlaku sejak tahun 2012.

Peratusan mereka yang meninggalkan wilayah Palestin terjajah kini mencapai dua orang dalam setiap 100 orang Yahudi. Sementara peratusan mereka yang kembali setelah keluar hanyalah seorang bagi setiap 1,000 orang.

Sejak 1948 sehingga 2015, seramai 720,000 penduduk Yahudi meninggalkan wilayah Palestin dan tidak kembali lagi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts