Penempatan Baharu di Tebing Barat Sebagai Balas Dendam Kematian Peneroka Yahudi

gush-etzion-mapAL-QUDS, 3 Julai 2014 (AlRay) — Rejim Zionis memutuskan untuk membina penembatan baru Yahudi di Gush Etzion di selatan al-Quds sebagai tindakan balas terhadap “pembunuhan” tiga peneroka Yahudi.

Perdana Menteri Zionis Benjamin Netanyahu dan Menteri Tenteranya, Mosheh Ya’lon, tetap dengan keputusan mereka itu walaupun mendapat tentangan daripada beebrapa menteri kabinetnya yang lain.

Sungguhpun penempatan Yahudi di Tebing Barat adalah melanggar undang-undang antarabangsa, rejim Zionis hingga kini telah membina sebanyak 22 penempatan di Gush Etzion, menempatkan seramai 70,000 orang peneroka Yahudi.

Penganalisa meramalkan peningkatan dalam penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Al-Quds serta jenayah peneroka Yahudi ke atas penduduk Palestin ekoran insiden pembunuhan itu. Operasi ketenteraan ke atas Gaza juga dijangka meningkat.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts