SALFIT, 21 Mei 2018 — Pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram Ariel secara berterusan membuang air kumbahan ke atas tanah milik penduduk Palestin di barat Salfit sejak beberapa tahun lalu, menyebabkan pencemaran udara, air dan tanah, serta memusnahkan kebun tanaman.

Aliran kumbahan dari penempatan haram itu turut memusnahkan flora dan fauna di kawasan Wadi al-Matawi, yang terletak di antara Salfit dan Ariel.

Penduduk Palestin turut dihantui pencemaran bau yang melampau, terutama di musim gelombang panas yang sedang melanda.

(PIC)

SHARE