NABLUS, 21 Feb 2018 — Pendatang Yahudi mula membina penempatan baharu di selatan Nablus, yang telah dikenal pasti sebagai kawasan untuk menggantikan pos penempatan haram Amona yang dikosongkan atas arahan mahkamah tahun lalu.

Beberapa buah karavan telah dibawa masuk ke kawasan yang tidak jauh dari penempatan haram Shilo, terletak di antara Nablus dan Ramallah. Di fasa awal, ia akan menempatkan 300 pendatang Yahudi.

Benjamin Netanyahu telah berjanji untuk mengganti penempatan haram baharu bagi pendatang Yahudi yang dipaksa keluar dari Amona, tetapi para pendatang memilih lokasi yang digelar “Amihai” di kawasan pergunungan Nablus berdekatan penempatan haram Shilo.

(IMEMC)

SHARE