Penempatan haram Yahudi di al-Quds akan diluaskan

AL-QUDS, 29 Ogos 2016 (PIC) — Lebih 650 perumahan baharu serta bangunan komersial dan kemudahan awam akan di bina bagi meluaskan lagi kawasan pos penempatan haram Yahudi di Pisgat Ze’ev, Har Homa, Neve Yaakov dan Modi’in.

Sebanyak 325 unit rumah akan dibina di Pisgat Ze’ev, 149 unit di Har Homa, 78 unit di Neve Yaakov dan 96 lagi di Modi’in, di samping bangunan komersial, taman dan kemudahan awam yang lain.

Sebuah pusat membeli belah lengkap dengan kawasan rumah sedang dibina di Modi’in dengan keluasan 8,400 meter persegi dan belanja sebanyak RM53 juta.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts