Pengiktirafan Palestin: Apakah Reaksi AS dan Sekutunya

Sekumpulan mahasiswa Amerika telah mengadakan perhimpunan aman di luar Rumah Putih di Washington untuk mendesak pemerintah AS agar mendukung pengiktiran negara Palestin di PBB, demikian Press TV melaporkan.

“Kami di sini menganjurkan pengiktirafan anggota ke 194 PBB. Kami ingin menunjukkan kepada Presiden Barack Obama bahawa kami tidak kekurangan dukungan, “kata Yazan Mustara, Penyelaras Perhimpunan Mahasiswa kepada Press TV.

Laporan terbaru menyebutkan bahawa pentadbiran Obama telah dengan tegas menolak permintaan Palestin, mengatakan menggunakan hak suara sebagai anggota Dewan Keamanan PBB akan memveto tawaran negara Palestin.

“Dalam perkara ini, Anda semua tahu, pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan oleh Israel dan pelbagai jenis kejahatan perang antarabangsa yang dilakukan oleh Israel, pengiktirafan kepada penubuhan Negara Palestin adalah sesuatu yang besar dan memberi manfaat kepada rakyat Palestin.” kata Rosa Rad dari Mahasiswa untuk Keadilan di Palestin.

Tekanan dari pelobi, “think tank” dan politisi semakin meningkat di Washington terhadap pentadbiran Obama untuk mendukung Israel dan tidak menerima negara Palestin.

Sementara itu, tokoh senior dari Fatah, Nabil Shaath mengatakan bahawa beliau mengharapkan 140 negara akan mengiktiraf dan memilih negara Palestin pada pertemuan ke-66 Majlis Umum PBB itu, yang akan diadakan pada 23 September ini. Shaath menyatakan bahawa fokus dalam beberapa hari mendatang adalah untuk meningkatkan jumlah negara yang mahu mengiktiraf Negara Palestin dan menyertai keanggotaan PBB sebagai negara ke 194 dunia. Saat ini, 125 negara mengiktiraf Palestin. (ito)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts