Pengurus ICRC desak hentikan sekatan ke atas Gaza

GAZA, 8 Dis 2016 (PIC) — Pengurus Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) Mamadou Sow dalam kenyataan media belau hari ini menyebut bahawa sekatan yang dikenakan oleh “pihak berkuasa negara jiran” telah menghalang proses pembinaan semula wilayah Gaza yang terkepung.

Menurut beliau, Gaza tidak perlu bergantung kepada bantuan luar, tetapi mereka harus diberi peluang untuk membina semula. Sekatan ke atas Gaza tidak akan membawa kestabilan.

Mamadou menejlaskan bahawa ICRC masih berunding dengan negara jiran Gaza berkenaan sekatan yang berlarutan sejak 10 tahun itu.

“Gaza mempunyai kebolehan yang sangat tinggi, tetapi sekatan ini menghalang mereka daripada melalui kehidupan yang normal,” kata beliau.

Akibat sekatan, kadar pengangguran di Gaza adalah paling tinggi di dunia pada 43%, mankala40% daripada penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts