Peniaga Palestin terpaksa tutup kedai untuk elak cukai tinggi

AL-QUDS, 14 Ogos 2017 — Pegawai pihak perbandaran dan pasukan polis Zionis hari ini menyerbu kedai-kedai milik peniaga Palestin di Jalan al-Wad dan kawasan Bab Khan al-Zeit di Kota Lama al-Quds untuk menekan mereka supaya membayar cukai yang tinggi.

Para peniaga mendakwa cukai-cukai yang dikenakan terlalu tinggi, sehingga ramai peniaga yang menutup kedai bagi mengelak dikenakan cukai perbandaran yang tidak munasabah.

Sekurang-kurangnya 25% daripada 1,000 kedai peniaga Palestin di Kota Lama al-Quds telah ditutup.

(PIC, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts