Penjara HaSharon kenakan sekatan baharu ke atas tahanan wanita

TULKAREM, 23 Okt 2018 — Pihak perkhidmatan penjara Zionis di HaSharon mengenakan sekatan-sekatan baharu ke atas tahanan wanita Palestin yang membantah pemasangan kamera dan memboikot sesi “rehat” harian sejak 48 hari lalu.

Antara lain, mereka dihalang berjumpa keluarga dan tidak dibenarkan menonton saluran-saluran TV Arab. Di samping itu, kunjungan ke klinik juga dikurangkan sejak mereka membuat laporan tentang layanan buruk oleh pihak doktor Zionis.

Kamera rakaman kini dipasang semula, bekalan air dikurangkan dan ribuan naskah buku dikeluarkan.

Seramai 31 tahanan wanita Palestin dikurung di HaSharon. 20 lagi wanita Palestin ditahan di penjara Damon.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts