Penjara Ofer pindahkan tahanan mogok lapar ke kurungan berseorangan

RAMALLAH, 18 Apr 2017 (PIC) — Pihak berkuasa Zionis di penjara Ofer hari ini memindahkan tahanan mogok lapar ke Seksyen 11 penjara tersebut yang telah ditukar menjadi kurungan-kurungan berseorangan.

Menurut laporan Jawatankuasa Tahanan dan Bekas Tahanan bersama Persatuan Tahanan Palestin, pihak rejim memeriksa para tahanan dengan memaksa mereka menanggal pakaian sebelum dipindahkan. Para tahanan hanya dibekalkan dengan selimut kotor.

Sekitar 1,500 tahanan Palestin melancar mogok lapar yang digelar “mogok kebebasan dan kehormatan” mulai semalam.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts