TUBAS, 12 Feb 2019 — Seorang pemuda Palestin tercedera diserang oleh segerombolan pendatang Yahudi ketika sedang mengembala ternakan beliau di utara Lembah Jordan pagi tadi.

Mangsa, Barakat Ali Daraghmeh, 35, bersama penternak-penternak lain dikejar oleh gerombolan pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram Rotem ketika mengembala di kawasan terbuka di perkampngan al-Farisiyya, sebelum dipukul sehingga luka dan lebam di seluruh badan.

Tentera Zionis menghalang ambulan membantu Barakat selama lebih satu jam, sebelum beliau berjaya dikejarkan ke Hospital Tubas dalam keadaan stabil.

Dalam kejadian lain, tentera Zionis menangkap penternak Louay Zahdi Daraghmeh dan anaknya Ali Kheiri di kawasan sama.

(Maan, IMEMC, PNN)

SHARE