Penyusunan Semula Kerakyatan Zionis Israel

Awal pagi semalam, Selasa 3 Ogos 2010, seramai 230 orang pendatang Yahudi daripada Amerika Utara tiba di Lapangan Terbang Ben Gurion. Mereka berlepas daripada Lapangan Terbang John F Kennedy di New York dengan menaiki kapal terbang sewa khas. Ini merupakan sebahagian daripada program membawa masuk pendatang Yahudi di bawah kendalian Nefesh B’Nefesh, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menguruskan penghijrahan Yahudi daripada Amerika Utara dan Britain ke Israel.

Presiden rejim Zionis, Shimon Peres hadir ke upacara di lapangan terbang bagi menyambut ketibaan mereka dan seterusnya menyerahkan dokumen pengenalan diri kepada setiap pendatang itu. Seramai 85 orang daripada mereka adalah pemuda yang telah berikrar untuk menyertai pasukan keselamatan Israel.

Selamat datang: Perez bersama-sama pendatang Yahudi
Selamat datang: Perez bersama-sama pendatang Yahudi

Suku pertama tahun ini menyaksikan peningkatan sebanyak 20% dalam penghijrahan Yahudi daripada Amerika Utara ke Israel, berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu. Pada tahun 2009, seramai 3,814 orang Yahudi daripada Amerika Utara berpindah ke Israel.

Ketibaan mereka ini disusun hanya beberapa hari selepas Parlimen kerajaan pengganas Israel (Knesset) membuat ketetapan untuk mengusir seramai 400 orang anak-anak pekerja asing yang bukan berketurunan Yahudi.

Ahad lalu, Knesset memutuskan untuk mengusir sehingga 1,200 orang anak-anak pekerja asing dan keluarga mereka yang bukan berketurunan Yahudi, terutama mereka yang berasal daripada Sudan, Russia, Thailand, Ukrain, Eritia dan Romania. Ramai dari kalangan penganut Yahudi ultra-ortodoks mendakwa kewujudan anak-anak pekerja asing ini di dalam masyarakat mereka akan mencemar ‘sifat-sifat’ Yahudi Israel.

Editor akhbar The Herald menyebut, “sejarah telah mengajar kita bahawa elemen asing yang berhijrah ke negara yang menawarkan pekerjaan akan memusnahkan negara yang menerima mereka masuk, atau mengambil-alih negara tersebut”. Beliau menambah, “ratusan orang asing beragama Kristian, Budha, Islam dan Hindu membahayakan karakter-karakter Israel sebagai negara Yahudi”.

Menurut seorang penulis Yahudi, A. Yitzhaki, anak-anak bukan Yahudi (dipanggil haredi) merupakan golongan yang perlu diperangi dalam rangka memusnahkan perkembangan mereka, dengan apa cara sekalipun, terutama sekali melalui kaedah membiarkan mereka kebuluran. (mn/YNet/Haretz)

Menunggu deportasi: saya tidak ada masa untuk mendapatkan paspot
Menunggu deportasi: saya tidak ada masa untuk mendapatkan paspot
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts