Perayaan Ulangtahun 23 HAMAS: Kami Tetap Memperjuangan Pembebasan Palestin

GAZA, 14 Disember – Puluhan ribu warga Palestin di Jalur Gaza berhimpun merayakan ulang tahun ke 23 penubuhan Gerakan Perlawanan Islam “Hamas” dengan mengenakan pakaian berwarna hijau. Sebuah perarakan besar mula berkumpul di Gaza sempena ulang tahun tersebut.

Penyokong Hamas memenuhi jalan-jalan Gaza, melambai-lambaikan sepanduk dan potret pengasas Hamas, Sheikh Ahmed Yassin dan para pemimpin yang lain.

“Gerakan Hamas syukur kepada Allah SWT, kami berjaya membentuk struktur organisasi berdasarkan kekuatan pendidikan, peribadi yang baik dan komitmen yang konstruktif. Struktur ini telah berjaya melahirkan para pahlawan seperti para syuhada’, para tahanan, mereka yang terusir, yang tercedera dan tokoh-tokoh nasional yang akhirnya telah membentuk satu gabungan di antara para pemimpin dan rakyat yang berhimpun mempertahankan Palestin,” demikian ucapan yang disampaikan oleh Ismail Haneyah, Perdana Menteri Gaza.

Kenyataan itu juga menekankan bahawa Palestin, dari laut hingga ke sungai adalah tanah rakyat Palestin dan bahawa Hamas tidak akan pernah mengiktiraf negara pendudukan Israel dan akan tetap memilih jalan memperjuangkan pembebasan Palestin dan tempat-tempat sucinya.

Haniyeh mengatakan Hamas tidak takut terhadap ancaman Israel dan bersedia untuk konfrontasi. (pic/pac/jpc)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts