Perbicaraan Sheikh Raed Salah ditangguh lagi

BAITULMAQDIS, 27 Feb 2018 — Mahkamah majistret Zionis di Haifa sekali lagi menangguhkan sesi perbicaraan bagi memutuskan rayuan yang difailkan oleh peguam Sheikh Raed Salah yang mencabar tahanan ke atas beliau sehingga prosiding undang-undang ke atas beliau selesai.

Mahkamah menetapkan 6hb Mac sebagai tarikh baharu untuk membahas rayuan tersebut. Tahanan Sheikh Raed dibuat tanpa mengikut prosedur undang-undang, di mana pendakwaraya enggan membawa saksi-saksi ke mahkamah dalam dua sesi perbicaraan sebelum ini.

Pihak pendakwa sengaja membuat penangguhan secara sistematik untuk melanjutkan tahanan ke atas Sheikh Raed, di samping cuba merahsiakan kertas-kertas siasatan serta enggan mendedahkan saksi-saksi kepada mahkamah.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts