Perigi Milik Komuniti Badwi di Hebron Dihancurkan Israel

HEBRON, 15 Disember – Para pegawai pentadbiran Israel telah menghancurkan lima buah perigi dan beberapa stor simpanan pada Selasa (14/12), di sebuah komuniti Badwi kecil di perbukitan Hebron selatan, demikian penduduk tempatan melaporkan.

Pasukan Israel memasuki wilayah Arab al-Ka’abna, di bawah kawalan tentera Israel, yang terletak antara desa di Tuwani dan Umm Lasafa, di bahagian selatan Hebron, dan telah menghancurkan telaga air dam merobohkan stor penyimpanan milik penduduk.

Petugas dari pentadbiran Israel yang terlibat dalam kejadian tersebut enggan memberi sebarang ulasan. (imc)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts