Perkampungan al-Araqeb diroboh kali ke-138

GURUN NAQAB, 11 Jan 2019 — Gerombolan besar polis Zionis yang lengkap dengan jentolak menyerbu kawasan al-Araqeb di Gurun Naqab semalam, dan meroboh perkampungan Badwi itu buat kali ke-138.

Rumah-rumah dan khemah-khemah penduduk dirobohkan atas alasan dibina di atas tanah “milik negara [Yahudi]”.

Al-Araqeb pertama kali dirobohkan pada 27 Julai 2010, atas usaha rejim penjajah menghalau penduduknya keluar untuk memberi laluan kepada pembinaan sebuah kota khusus untuk pendatang Yahudi.

Setiap kali rumah dan perkampungan mereka dirobohkan, penduduk akan membinanya semula.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts