Perkampungan al-Araqeeb dimusnahkan kali ke-112

GURUN NAQAB, 25 Apr 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis hari ini memusnahkan perkampungan Badwi al-Araqeeb di Gurun Naqab buat kali ke-112.

Pasukan tentera lengkap dengan buldozer menyerbu masuk perkampungan tersebut di waktu pagi dan mula meroboh rumah-rumah, sementara pasukan polis menutup semua laluan masuk ke situ.

Al-Araqeeb merupakan salah satu daripada 35 perkampungan Badwi yang tidak diiktiraf oleh rejim Zionis. Pemusnahan perkampungan Badwi ini merupakan rancangan rejim Zionis untuk menghalau dan memindah penduduk asal di Gurun Naqab ke kawasan perbandaran baharu bagi memberi laluan kepada pembinaan bandar-bandar baharu khusus untuk pendatang Yahudi.

Perkampungan-perkampungan ini juga tidak mendapat bekalan air dan elektrik serta perkhidmatan kesihatan dan pendidikan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts