Perkampungan al-Araqeeb diroboh kali ke-178

GURUN NAQAB, 17 Sep 2020 — Pasukan polis Zionis bersama unit Yoav, iaitu Lembaga Pembangunan Zionis di Gurun Naqab, hari ini meroboh perkampungan Badwi di al-Araqeeb buat kalli ke-178.

Perobohan tersebut dilakukan hanya 24 jam selepas rejim penjajah mengumumkan perintah berkurung bagi mengekang penyebaran jangkitan Covid-19. Tindakan itu menyebabkan penduduk kehilangan tempat berteduh dalam cuaca yang panas yang sedang melanda.

Rejim Zionis mula meroboh perkampungan al-Araqeeb sejak tahun 2000. Setiap kali diroboh, penduduk akan membina semula rumah dan kemah mereka, walaupun dalam keadaan serba kekurangan tanpa bekalan air serta elektrik mahupun sekolah dan pusat rawatan kesihatan.

Rejim Zionis juga memberi tekanan ke atas penduduk dengan mengenakan denda yang tinggi serta menangkap dan memenjara pemimpin mereka, atas tuduhan membuat pembinaan tanpa kebenaran serta menceroboh “tanah negara”.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts