Perkampungan al-Araqeeb dirobohkan kali ke-135

GURUN NAQAB, 28 Okt 2018 — Tentera penjajah Zionis Khamis lalu memusnahkan perkampungan al-Araqeeb di Gurun Naqab buat kali ke-135.

Laporan agensi Arab48 menyebut bahawa perkampungan Badwi itu diserbu oleh pasukan tentera lengkap dengan buldozer, sebelum memusnahkan semua rumah dan khemah penduduk. Semua keluarga mangsa hilang tempat berteduh dalam keadaan cuaca sejuk dan hujan.

Susulan kejadian, tentera Zionis menangkap empat penduduk termasuk Sheikh Al-Araqeeb, Sheikh Sayah Al-Turi, Aziz Sabah serta isterinya, dan Selim Mohammed Abu Medegham atas tuduhan menghalang tugas polis.

Al-Araqeeb buat pertama kali diroboh pada tahun 2010 atas alasan dibina tanpa kebenaran. Ia merupakan salah satu daripada lebih 35 perkampungan Badwi yang dibina tidak lama selepas Perang 1948, dan tidak diiktiraf oleh rejim Zionis. Sekitar 160,000 penduduk Badwi tinggal di perkampungan-perkampungan terbabit.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts