Perkampungan al-Araqib dimusnahkan kali ke-104

GURUN NAQAB, 6 Okt 2016 (Maan) — Tentera Zionis hari ini memusnahkan perkampungan masyarakat Badwi al-Araqib di Gurun Naqab buat kali ke-104.

Perkampungan al-Araqib pertama kali dimusnahkan oleh tentera Zionis pada 27 Jun 2010. Sejak itu, penduduknya juga telah dikenakan denda bernilai 2 juta shekel, dalam usaha rejim Zionis untuk menghalau mereka berpindah dari perkampungan itu ke kawasan bandar yang dibangunkan oleh rejim.

Al-Araqib merupakan satu daripada 35 perkampungan yang tidak diiktiraf oleh rejim Zionis. Lebih dari separuh 160,000 masyarakat Badwi di Gurun Naqab tinggal dalam perkampungan terbabit.

Perkampungan Badwi di Gurun Naqab didiami sejak Perang Arab-Israel 1948.

Dalam pada itu, penempatan pendatang Yahudi terus berkembang di Gurun Naqab di mana lima penempatan baharu telah diluluskan pada tahun lalu. Dua daripadanya akan dibina di atas tanah perkampungan Katamat dan Beer Hadaj yang tidak diktiraf, dan akan menyebabkan sekurang-kurangnya 7,500 orang kehilangan tempat tinggal.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts