Perkampungan al-Araqib dimusnahkan lagi, buat kali ke-110

GURUN NAQAB, 9 Mac 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis pagi tadi sekali lagi memusnahkan perkampungan Badwi Palestin di al-Araqib buat kali ke-110.

Polis Zionis mengiringi sepasukan buldozer menyerbu masuk perkampungan tersebut di awal pagi dan mula meroboh bangunan tanpa memberi sebarang amaran. Puluhan mangsa kini kehilangan tempat tinggal.

Penduduk bagaimanapun berikrar untuk terus teguh mempertahankan tanah mereka, tidak kira berapa kali reji Zionis ingin memusnahkan perkampungan mereka.

Al-Araqib merupakan salah satu daripada 51 perkampungan Badwi yang dianggap sebagai “tidak sah” oleh rejim Zionis. Ia pertama kali dimusnahkan pada tahun 2010, di mana penduduknya diarah membayar lebih dua juta shekel (RM2.4 juta) sebagai kos perobohan yang dijalankan oleh pihak Zionis sejak pertama kali.

Kali terakhir adalah pada awal bulan Februari lalu. Namun penduduk tetap membina semula rumah-rumah mereka setiap kali dirobohkan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts