Perkampungan Araqeeb diroboh lagi, kali ke-148

GURUN NAQAB, 2 Ogos 2019 — Rejim Zionis sekali lagi meroboh perkampungan Badwi Palestin di al-Araqeeb pagi semalam, buat kali ke-148 berturut-turut.

Pasukan polis bersama pekerja pihak perbandaran Zionis menggempur perkampungan al-Araqeeb dan memaksa semua penduduk keluar dari rumah dan khemah mereka, sebelum meroboh dan memusnahkan semua kediaman serta merampas barangan.

Jentolak digunakan untuk memusnah semua binaan rumah, sementara semua khemah dikoyakkan dengan menggunakan pisau. Mereka turut merampas semua kerusi, bantal, tilam, perabot serta barangan lain milik penduduk.

Terdahulu pada hari Rabu, polis Zionis menginterogasi pemimpin Badwi al-Araqeeb, Sayyah Attouri, bersama anak lelakinya dan beberapa orang penduduk, selepas mereka mengadakan perhimpunan solidariti mendukung kecekalan penduduk Badwi di situ.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts