Perkampungan Badwi al-Araqib dimusnahkan buat kali ke-100

GURUN NAQAB, 29 Jun 2016 (PIC) — Pasukan polis Zionis pagi tadi memusnahkan perkampungan Badwi al-Araqib buat kali ke-100 dalam tempoh enam tahun, ketika mana penduduk Islam masih melaksanakan ibadah puasa di minggu akhir Ramadan.

Al-Araqib merupakan salah satu daripada 51 buah perkampungan Badwi Arab di Gurun Naqab, di selatan Wilayah Palestin 1948 yang terjajah, yang tidak diiktiraf oleh rejim Zionis. Lebih separuh daripada 160,000 penduduk Badwi di Gurun Naqab tinggal di perkampungan “yang tidak diiktiraf.”

Di samping perobohan rumah secara berulang kali, penduduk al-Araqib dibiarkan hidup tanpa mendapat keperluan asas seperti air, elektrik, rawatan kesihatan, mahupun pendidikan, dengan harapan mereka akan meninggalkan kawasan tersebut. Ramai penduduk asal Arab di sini dihalau keluar bagi memberi laluan kepada pembinaan penempatan haram Yahudi.

Mahkamah Agung Zionis sebelum ini pernah memutuskan bahawa tanah al-Araqib bukan milik negara haram Zionis. Pihak berkuasa Zionis mempertikai keputusan tersebut, bahkan mendesak penduduk al-Araqib dikenakan bayaran denda sebanyak 5,000 shekel (RM5,330) setiap hari.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts