Perkampungan Bani Naim dibuka semula selepas tujuh bulan ditutup

AL-KHALIL, 26 Apr 2016 (Maan) — Tentera Zionis Ahad lalu membuka semula laluan masuk utama ke perkampungan Bani Naim setelah menutupnya selama hampir tujuh bulan.

Laluan kepada 30,000 penduduk Palestin itu ditutup berikutan pertempuran di antara pemuda Palestin dan tentera ZIonis yang tercetus sejak awal Oktober lalu.

Terdahulu pada awal bulan ini, tentera penjajah membuka semula jalan yang menghubungkan laluan pintas lebuhraya utama ke Bani Naim, yang merupakan laluan penting bagi penduduk bergerak ke kota al-Khalil.

Pihak Zionis mendakwa langkah mengendurkan sekatan ke atas penduduk Tebing Brat dibuat berikutan kes serangan yang semakin berkurangan sejak dua bulan lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts