Perkampungan bersejarah Der Sam’an kini terkepung sepenuhnya oleh pendatang Yahudi

SALFIT, 7 Sep 2016 (PIP) — Pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram Leshem yang terletak di antara wilayah Kafr Deik dan Rafat di barat Salfit kini mengepung sepenuhnya perkampungan bersejarah Der Sam’an dari empat penjuru.

Pembinaan infrastruktur untuk pendatang Yahudi di Leshem menjadikan perkampungan itu terpisah dan terkepung, di mana seseorang perlu mendapatkan surat resmi kebenaran dari pihak rejim untuk memasukinya, kerana ia kini terletak ditengah-tengah kawasan peemapatan haram Leshem.

UNESCO pernah didesak supaya memasukkan perkampungan Der Sam’an dalam senarai tapak warisan sejarah dunia.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts