Perkampungan Palestin di al-Khalil akan ditelan oleh penempatan haram Yahudi

AL-KHALIL, 18 Ogos 2016 (PIC) — Rejim Zionis merancang untuk menghubungkan pos-pos penempatan haram Yahudi di kedua-dua kawasan merentasi sempadan wilayah Palestin yang terjajah, atas alasan keperluan ekonomi pendatang Yahudi.

Untuk tujuan tersebut, mereka akan merampas ratusan hektar tanah di selatan al-Khalil untuk meluaskan penempatan haram Yahudi berdekatan Tembok Pemisah, sekaligus menghapuskan semua kesan kewujudan penduduk Palestin di situ.

Pakar hal ehwal penempatan haram Yahudi, Abdul Hadi Hantesh, mendedahkan bahawa pihak rejim akan membina zon industri berdekatan lintasan Tarqumiya di selatan al-Khalil bagi menarik usahawan Yahudi ke dalam rancangan Benjamin Netanyahu yang digelar sebagai “projek keamanan ekonomi.” Pembangunan di kawasan tersebut turut melibatkan pembinaan kompleks komersial di penempatan haram Tina Omarim.

Lebih 8,500 pendatang Yahudi menetap di 15 buah penempatan haram yang dibina di atas tanah Palestin di kawasan Jabal al-Khalil di selatan Tebing Barat.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts