Perkhidmatan kesihatan di Gaza diancam masalah bekalan minyak

GAZA, 24 Julai 2018 — Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza hari ini menyatakan bahawa perkhidmatan kesihatan di wilayah terkepung itu sekali lagi berhadapan dengan risiko akibat masalah bekalan minyak dan elektrik.

Bekalan minyak kecemasan yang diperuntukkan bagi sektor kesihatan hanya cukup untuk kegunaan sehingga pertengahan bulan Ogos. Kementerian mengambil polisi berjimat bagi memastikan belakan tersebut dapat bertahan selama yang boleh.

Sektor kesihatan di Gaza berhadapan dengan krisis kekurangan bekalan minyak untuk kegunaan jenerator elektrik, bagi menangani masalah bekalan elektrik yang sentiasa terputus.

(Alray)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts