Perkongsian Pengalaman Relawan LL4G di Seremban

Pada 25 Jun 2010, bertempat di Surau Asyura, telah diadakan satu perkongsian pengalaman salah seorang sukarelawan Flotila Pembebasan Gaza yang turut terlibat dengan serangan kejam Israel terhadap kapal Mavi Marmara pada 31 Mei lalu. Beliau adalah Saudara Mohd Nizam Awang yang juga wartawan Haluan ke Gaza.

Program bermula dengan solat Maghrib bersama ahli kariah dan tayangan video sebenar kisah trajis yang berlaku. Majlis diteruskan dengan ceramah perkongsian oleh sukarelawan yang berlangsung selama lebih satu jam.

Hadirin yang hadir sangat tekun mendengar kisah pengalaman daripada penceramah.

Dalam masa yang sama, telah diadakan pameran Palestin & kekejaman Israel di perkarangan surau. Anak-anak kecil yang turut hadir pada malam tersebut kelihatan sangat berminat dengan pameran yang turut menunjukkan koleksi ilustrasi kartun berkaitan kekejaman Israel & sekutunya. Ternyata pameran sebegini telah membuka minda masyarakat umum untuk mengetahui isu dunia dan menerima berita langsung daripada sumber yang benar.

Ketekunan kanak-kanak membaca bahan -bahan pameran.

Solat isya’ berjemaah bersama ahli kariah selepas tamat program diikuti dengan jamuan makan yang disediakan oleh AJK surau Asyura.

Pada malam tersebut, turut diadakan kutipan dana untuk Palestin yang akan disumbangkan terus ke Tabung Palestin Haluan untuk misi Talian Hayat untuk Gaza yang seterusnya. Pada malam itu, sebanyak RM 1500 berjaya dikutip daripada ahli kariah Garden Avenue dan dan penduduk sekitar Surau Asyura.

Ahli kariah sibuk meneliti & membeli cenderahati Palestin

Pihak Haluan Palestin mengucapkan setinggi-tingi penghargaan kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Surau Asyura serta penduduk sekitarnya kerana memberi peluang kepada kami untuk melakukan sedikit amal & perkongsian dengan masyarakat setempat.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts