Warna-Warni Palestin

Persiapan Program Ibadah Korban HALUAN di Gaza

GAZA, 29 Julai 2020 — Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta Program Ibadah Korban HALUAN 1441H di Gaza!

Para sukarelawan dan rakan NGO HALUAN di Gaza kini bersiap sedia mengumpul haiwan-haiwan yang akan dikorbankan dari 10 hingga 13 Zulhijjah.

Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud, “Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Aidil Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya.” (Hadis riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim).

Semoga ibadah ini akan mendekatkan lagi diri kita kepada Allah SWT, di samping membawa manfaat membantu saudara kita di Gaza.(BHP)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email