Persidangan Istanbul: Al-Quds Adalah Ibukota Palestin

ISTANBUL, 13 Dis 2017 — Persidangan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul mengiktiraf al-Quds Timur sebagai ibukota Palestin, membantah sikap berat sebelah Amerika Syarikat, dan menyeru masyarakat antarabangsa supaya turut membuat pengiktirafan tersebut.

Dalam persidangan tergempar seminggu selepas pengumuman oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump itu, pemimpin 16 buah negara Islam menyeru semua negara mengiktiraf negara Palestin dan al-Quds Timur sebagai ibukotanya. Semua 57 negara ahli OIC komited dengan usaha damai yang adil dan menyeluruh berdasarkan kepada penyelesaian dua-negara.

Persidangan turut menyeru PBB supaya menghentikan penjajahan rejim Zionis ke atas Palestin dan mendakwa Trump bertanggungjawab ke atas semua akibat susulan sekiranya beliau tidak membatalkan keputusannya.

Kenyataan OIC menyebut, “Kami menganggap deklarasi yang merbahaya ini, yang bertujuan untuk menukar status undang-undang [kota suci al-Quds], terbatal dan tidak sah.” Ia ditolak dan dikecam kerana mencabul undang-undang antarabangsa, dan menjadi satu provokasi ke atas perasaan umat Islam di seluruh dunia.

(Sumber: PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts