Pertama : Siapa yang membina Masjid Al-Aqsa? (Bahagian 1)

Ketika membahas masalah al-Aqsa dari sisi sejarah, maka untuk pertama kali kita memerlukan jawapan, siapa yang membina Masjid Al-Aqsa ?

Masalah ini menjadi perbincangan di antara para ilmuwan dan sejarawan muslim. Mereka mengetengahkan sejumlah dalil dan bukti-bukti dan penelitian terhadap hadits-hadits yang berbicara tentang Masjid Al-Aqsa. Setidaknya ada tiga pendapat mengenai hal ini;

1. Para malaikatlah yang membangun Masjid Al-Aqsa

2. Nabi Adam AS

3. Nabi Ibrahim AS

Namun pendapat pertama yang menyatakan, bahawa para malaikat yang membangun Masjid Al-Aqsa dilemahkan oleh para ulama. Mereka lebih condong bahawa yang membangunkan Masjid Al-Aqsa adalah seorang manusia, bukan para malaikat. Ini adalah kerana para malaikat mempunyai rumah sendiri dan membinanya di langit, iaitu Baitul Makmur sebagai ganti Ka’bah di bumi.

Oleh kerana itu, kami menghindari pendapat pertama ini dan kembali mengkaji pendapat kedua dan ketiga, iaitu Nabi Adam AS dan Ibrahim AS.

Untuk itu marilah kita bahas hadits-hadits di bawah ini.

1. Hadits dari Abu Dzar Al-Gifari ia berkata, aku bertanya kepada Rasulallah SAW, masjid apa yang paling pertama dibangun di muka bumi ini ?. Rasul menjawab, Masjid Al-Haram. Kemudian apa ? Lalu Masjid Al-Aqsa. Abu Dzar bertanya lagi, berapa tahun antara keduanya ? Nabi menjawab, 40 tahun. (Muttafaq Alaih).

Dari hadits ini dapatlah kita peroleh keterangan bahawa Masjid Al-Aqsa dibangun setelah Masjid Al-Haram berselang waktu 40 tahun. Kalimat وضع dalam hadits menunjukan secara jelas penamaan dan penentuan bahawa tempatnya di Makkah Mubarokah dan tempat yang berdampingan dengan Makkah.

Pendapat pertama menyebutkan bahawa Ibrahimlah yang membangun Masjid Al-Aqsa, kerana yang membangun Ka’bah adalah Nabi Ibrahim AS. Dan jarak antara keduanya sangat dekat iaitu selang 40 tahun. Sementara itu Nabi Ibrahim tinggal di Baitul Maqdis (Palestin) sementara dalam sejarah disebutkan, Nabi Ibrahim masuk Masjid Al-Aqsa dan solat di dalamnya serta bertemu dengan Raja Kaum Yabus yang soleh, “Raja Jujur”. Bersambung … (asy)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts