Pertempuran tercetus apabila pendatang Yahudi cuba rampas tanah berdekatan Masjid al-Aqsa

AL-QUDS, 10 Julai 2017 (Maan) — Pertempuran sengit tercetus apabila segerombolan pendatang Yahudi cuba merampas sebidang tanah lot milik dua keluarga Palestin, al-Rajabi dan Basbous, di kejiranan Batn al-Hawa di Silwan, selatan Masjid al-Aqsa.

Gerombolan pendatang Yaudi yang diiringi oleh unit khas tentera Zionis dan 20 orang pekerja menyerbu kawasan tersebut dan mula memasang kawat berduri. Mereka mendakwa bahawa sebuah mahkamah telah membenarkan mereka mengambil alih tanah terbabit, kerana ia pernah menjadi milik keluarga Yahudi dari Yaman sejak tahun 1881. Mereka bagaimanapun enggan menunjuk sebarang dokumen mahkamah kepada pemilik tanah.

Tentera Zionis menyembur rumah penduduk Palestin dengan semburan lada pemedih mata serta menyerang pemuda dengan baton serta senjata mereka.

Sebanyak 35 buah bangunan berdiri di atas tanah seluas 1.23 ekar itu, menjadi tempat tinggal 80 keluarga Palestin.

Satu sesi perbicaraan di mahkamah akan diadakan sebelum akhir bulan ini, untuk memutuskan status tanat lot terbabit.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts