Pertempuran tercetus di timur Nablus

10 Nov 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis bertempur dengan sebilangan pemuda Palestin di laluan masuk sebelah barat ke bandar Beit Furik di timur Nablus, ketika penduduk berarak memperingati ulang tahun ke-12 pemergian Presiden Yasser Arafat.

Tentera penjajah Zionis dan pendatang Yahudi berkumpul di kawasan sekatan tentera di laluan masuk tersebut sejak awal pagi.

Tentera melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah penduduk yang berarak secara aman, menyebabkan mereka bertindak balas dengan membaling batu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts